Dia Nak Kahwin Dengan Athira, Tk sangka Bkas isteri Hafiz dedah ini punca sebenar diceraikn
Dia Nak Kahwin Dengan Athira, Tk sangka Bkas isteri Hafiz dedah ini punca sebenar diceraikn
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tampil memberi gambaran punca rumah tangganya terus retak selepas isu kecurangan suaminya terbongkar.
Dalam sebuah perkongsian di Instagram baru-baru ini, Shuhada telah memuat naik foto logo produk perniagaan yang bakal diusahakannya demi menyara anak-anaknya selepas ini.
Malah, perniagaan tersebut turut dinamakan ‘Satu Tak Cukup By Shuhada Shukri’ seolah-olah menyindir perbuatan bekas suaminya. “THIS IS TRULY BY SHUHADA SHUKRI,” tulisnya.
Lebih mencuri perhatian, Shuhada telah mendedahkan punca dirinya nekad untuk membawa haluannya sendiri ketika membalas komen salah seorang pengikutnya.
Menurut Shuhada, Hafidz menjanjikannya untuk menjadi suami yang gembira dan bahagia sekiranya dia membenarkan aktor itu berkahwin dengan Athira Yuhada.
“hehehe katanya apa akan saya dapat kalau dia kawin dengan Athira is ‘saya akan dapat dia yang happy and bahagia’ Allah Allah , untuk apa lagi setia, orang dah tak ingin hehehe,” jelasnya.
Menyedari perkara itu, rata-rata pengikutnya sempat meluahkan rasa geram terhadap Hafidz dan menyokong tindakan Shuhada dalam memperjuangkan haknya sebagai seorang wanita.
Terdahulu, Shuhada dikhabarkan telah diceraikan oleh Hafidz dengan talak satu di hadapan keluarganya menerusi satu panggilan telefon.
Namun, Shuhada turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan perceraian tersebut pada 1 Mac ini.
Sumber : xtra