Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Bercerai lagi kali kedua, Bkas suami Wan Sharmila beritahu punca sebenar

Bercerai lagi kali kedua, Bkas suami Wan Sharmila beritahu punca sebenar

“Tipulah kalau saya tak sedih. Orang kata dah kali kedua berumah tangga tapi sekali lagi menemui kegagalan,” kata pemilik produksi Radius One, Fazli Baharom.

Rakan kongsi Shahrulezad Mohammedin ini memaklumkan, dia dan isterinya iaitu personlaiti TV3, Marsilla Hassan sah bercerai di Makhamah Syariah Johor Bharu.

“Kami bercer4i secara baik dengan talak satu atas persetujuan bersama. Saya tiba di Johor Bharu malam tadi manakala Marsilla memandu sendiri dari Kuala Lumpur.

“Tiada apa-apa tuntutan dari bekas isteri. Kami berbincang secara baik dan saya beri saguhati kepadanya. “Punca penceraian ialah kami nak susun semula hidup kami kerana ia macam tergantung dan tak tahu kemana arah tuju. Jadi lebih baik kita perbaiki,” katanya.

Fazli yang mengahwini Marsilla pada 4 September 2015, tidak menolak kemungkinan mengahwini semula Marsilla sekiranya ada jodoh.

“Manalah tahu sekiranya ada jodoh kami bersama semula. Namun kalau dia bertemu jodoh dengan orang lain pun masing-masing boleh mengorak langkah ke arah yang lebih baik.

“Bermula hari ini, Marsila akan tinggal di rumah lain. Nak sedih sangat pun kita bukan berpisah mati, sebaliknya ke arah kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Fazli pernah berkahwin dengan pelakon, Wan Sharmila pada 2007 dan bercerai pada 2009. “Hubungan saya dengan Wan Sharmila pun tetap baik, saya akui tidak serik untuk berkahwin lagi. Mungkin orang kata kenapa saya asyik pilih orang popular.

“Saya tak boleh kata taknak sekiranya berlaku lagi. Siapa kita untuk tentukan jodoh? Kalau dah jodoh selepas ini dengan orang dalam bidang seni juga, saya redha.

“Namun untuk kali ketiga, mungkin saya juga nak luaskan pencarian jodoh dengan yang diluar bidang seni,” katanya. Menurutnya, tumpuan dia pada bidang seni membuat dia hanya berjumpa dengan orang yang sama bidang.

“Apa yang pasti orang dalam bidang kita sahaja yang tahu kehidupan kita,” katanya. Untuk info, Fazli tidak mempunyai zuriat menerusi kedua-dua perkahwinanya.