“Saya tak tahu dia tadi..” Sarah titipkan ucapan Khas buat madunya tapi tk sangka pula ini permintaan Sarah
“Saya tak tahu dia tadi..” Sarah titipkan ucapan Khas buat madunya tapi tk sangka pula ini permintaan Sarah
BIARPUN Syamsul Yusof enggan menceraikannya, pelakon Puteri Sarah memohon agar suaminya itu melepaskannya dengan cara baik.
Bercakap kepada media di luar bilik bicara, Puteri Sarah tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.
“Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jenguk… sinar apa?
“Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu. Saya terkejut sebab dia pun sudah setahun block nombor saya, dan saya pun sudah setahun tak berjumpa dia. Baru hari ini kami berjumpa semula di sini.
“Just let me go. Dia pun sudah kahwin lain. Saya tidak marah, malah saya mendoakan kebahagiaan mereka,” katanya. Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.
Puteri Sarah memfailkan permohonan penceraian pada 16 Januari lalu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Akui sudah malas, Sarah tetap menggesa supaya suaminya melepaskan secara baik dan tidak melengahkan masa. Sarah dikasari oleh suami sehingga keluar rumah pada 2020
Berkenaan dakwaan pernah dikasari, Sarah telah mengesahkan hal tersebut yang rupanya berlaku pada 3 tahun lalu (2020). Di hadapan mahkamah, aktres ini menampilkan bukti baru berkenaan lantaran tindakan Syamsul yang enggan melafazkan kata talak. Walhal awalnya, dia enggan sebut Iangsung mengenai kejadian itu.
Syamsul enggan beri kenyataan. Namun ketika selesai segala proses di Dewan Bicara, Syamsul bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan hanya mengunci mulut.
Meskipun diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada wartawan, namun pelakon berkenaan kelihatan sugul dan tetap dengan pendiriannya.
Sumber : SH